Hari ni aku nk share ape yang perlu di lakukan jika casing enjin motorsikal(yamaha cth)anda retak atau pecah dan ingin menggantikan dengan yg baru di Hong Leong. Jika anda ingin mengggantikan casing enjin nombor tersebut dengan yang lain anda perlu report di balai polis yang berdekatan menyatakan casing motorsikal anda pecah/retak. Serta kan beberapa gambar untuk dijadikan sebagai bukti dan nyatakan alasan macam mana casing tu boleh pecah, sama ada retak/pecah di sebabkan eksiden atau semasa anda repair/bukak motor anda.
Selepas selesai membuat laporan di balai yang berdekatan, bawa report anda berserta geran, gamba dan copy ic anda ke Hong Leong. Orang di Hong Leong akan keluarkan surat untuk dibawa ke JPJ berdekatan. Dalam masa 2 minggu, JPJ akan keluarkan surat kebenaran untuk menukar casing no enjin tersebut. Kemudian bawa surat JPJ ke Hong Leong dan barulah mereka akan punch no yang baru. Upah punch no baru dalam RM 50 - RM 70. Manakala harga casing enjin bergantung pada jenis motorsikal anda.