Ranking2 Harga Helmet Arai & Shoei di Malaysia

1st   : Shoei J-Force II Jack Merah
2nd  : Shoei J-Force II Jack Kuning
3rd   : Shoei J-Force II Jack Putih 
4th   : Shoei J-Force II Team Yamaha Racing Biru 
5th   : Shoei J-Force II Team Yamaha Racing Merah 
6th   : Shoei J-Force II Factory Biru    
7th   : Shoei J-Force II Kenny Robert 
8th   : Arai RamIII Gauloises Limited Edition
9th   : Arai RamIII Kodo
10th : Arai RamIII Okada Merah 



   Biarlah apa orang nak kata, helmet lagi mahal dari motor ke apa yang penting kalau dah minat, apa pn sanggup di beli. Tepuk dada tanya selera, klau rasa sayang duit n pikir byk lagi benda lain boleh beli xpayah la beli helmet2 mahal cm ni. Tapi helmet2 mahal cam ni ada kelebihannya jugak, iaitu boleh dijadikan sebagai pelaburan. Hari ni beli RM2000 mungkin 3 tahun akan datang harganya boleh mencecah RM3500. Betol tak kawan2?? Daripada beli handphone yang harganya RM1000 baru pakai beberapa minggu harga nya dah turun mendadak sampai ke RM700. Pikir2 kan lah..


Shoei J-Force II Team Yamaha Racing Biru dan Merah

Shoei J-Force II Jack Kuning dan Merah

Shoei J-Force II Team Yamaha Racing Merah dan Shoei J-Force II Jack Putih

Shoei J-Force II Jack Kuning

Arai RamIII Gauloises Limited

Antara Arai & Shoei, yang manakah pilihan anda, sila berikan pilihan anda di ruangan Comment

Apa itu maksud NOS - New Old Stock


  Salam, mungkin ramai yang selalu dengar perkataan NOS ni, NOS ni adalah 'New Old Stock' yang bermaksud barang baru tetapi stock lama.
  Ini juga dipanggil untuk barang2 yang sudah tidak ada pengeluarannya lagi di kilang2, tetapi stock2 yang masih baru atau belum di gunakan di simpan oleh seller2 di kedai masing2. Barang NOS ini mungkin akan menjadi lebih mahal kerana kilang2 sudah hentikan pengeluarannya. Contohnya Yamaha RXZ NOS yang sudah di hentikan keluarannya tetapi masih banyak lagi stok2 baru di kedai2 motorsikal.




Casing Enjin Motorsikal Anda Pecah?


  Hari ni aku nk share ape yang perlu di lakukan jika casing enjin motorsikal(yamaha cth)anda retak atau pecah dan ingin menggantikan dengan yg baru di Hong Leong. Jika anda ingin mengggantikan casing enjin nombor tersebut dengan yang lain anda perlu report di balai polis yang berdekatan menyatakan casing motorsikal anda pecah/retak. Serta kan beberapa gambar untuk dijadikan sebagai bukti dan nyatakan alasan macam mana casing tu boleh pecah, sama ada retak/pecah di sebabkan eksiden atau semasa anda repair/bukak motor anda.
  Selepas selesai membuat laporan di balai yang berdekatan, bawa report anda berserta geran, gamba dan copy ic anda ke Hong Leong. Orang di Hong Leong akan keluarkan surat untuk dibawa ke JPJ berdekatan. Dalam masa 2 minggu, JPJ akan keluarkan surat kebenaran untuk menukar casing no enjin tersebut. Kemudian bawa surat JPJ ke Hong Leong dan barulah mereka akan punch no yang baru. Upah punch no baru dalam RM 50 - RM 70. Manakala harga casing enjin bergantung pada jenis motorsikal anda.



Recent Comments